PETALING JAYA : Jumlah kes harian Covid-19 pada hari ini menyaksikan penurunan iaitu 4,239 kes berbanding semalam iaitu 5,097 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 2,623,816 kes pada setakat kini.
Beliau berkata demikian dalam menerusi akaun Twitternya hari ini.
Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang Covidnow di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. -UTUSAN ONLINE









