Kerja guru itu tidak semudah cuma mengajar semata - PU Riz - Utusan Malaysia

Kerja guru itu tidak semudah cuma mengajar semata – PU Riz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penceramah bebas, PU Haris Ismail, 26, berkongsi pandangannya mengenai tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh seorang guru yang baginya tidak mudah sebagaimana yang dilihat orang.

Menurut Haris, jika ada yang menyangka guru itu tugasnya cuma mengajar, pandangan tersebut tidak sepenuhnya betul kerana guru menggalas banyak tanggungjawab lain yang barangkali tidak terlihat dek mata orang.

“Profesion seorang guru dilihat mungkin agak mudah. Datang sekolah dan mengajar. Tetapi, sebenarnya, tidaklah semudah itu.

“Kerja perkeranian, penyediaan bahan peperiksaan, ujian lisan, jaga kantin, jaga pintu masuk sekolah, ambil suhu pelajar-pelajar dan bermacam-macam lagilah.

“Boleh dikatakan, guru yang dah bertugas lebih dari 10 tahun itu, guru yang hebat dan kental mentalnya. Bukan mudah nak jadi pendidik, juga tinggi jasa mereka,”katanya.

Haris berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram semalam bersama sekeping gambar dirinya sedang mengagihkan makanan di sekolah.

Selain itu, akui Haris, sejak berkecimpung dalam bidang pendidikan, dia lebih menghargai segala keringat dan ilmu yang telah dicurahkan oleh semua guru-gurunya sebelum ini.

“Sekarang dah mengorak langkah dalam dunia pendidikan sebenar ini, memang saya lebih merasai pengorbanan guru-guru. Jadi apa yang saya nak sampaikan ialah, setiap pelajar kena hormat guru dan kita sebagai guru pula kena sayang pelajar.

“Guru sesama guru juga perlu menghormati antara satu sama lain. Sebab ini kerja mulia. Hati kena bersih dan jiwa mesti kuat.

“Terima kasih kepada semua guru-guru di dunia ini dan kepada mereka yang pernah mendidik saya. Tak lupa juga kepada satu-satunya umi saya, terima kasihlah rotan adik dulu, cubit sana sini. Nostalgia itu semua. Kenangan kenangan yang mendidik,”katanya.

Untuk rekod, selain terlibat dalam dunia seni hiburan, suami kepada usahawan dan selebriti popular tanah air, Noor Neelofa ini, merupakan seorang guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sri Petaling, di ibu kota.

Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya