Kerajaan sekat aktiviti sosial jika Covid-19 meningkat - Utusan Malaysia

Kerajaan sekat aktiviti sosial jika Covid-19 meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menyekat kembali aktiviti sosial jika berlaku peningkatan pandemik Covid-19.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid berkata, perkara itu akan diputuskan sebuah jawatan kuasa yang dipengerusikan Perdana Menteri menerusi penilaian yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  

Dalam hal ini juga, katanya lagi, meskipun aktiviti sosial disekat, sektor ekonomi berjalan seperti biasa.

“Kerajaan hanya menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) yang merupakan protokol kesihatan umum. Bagaimanapun jika berlaku kes mendadak dan meningkat, kerajaan melaksanakan langkah ‘deterrence’ (mengugut) dan memantau dengan sistem heightened alert yang  mana hanya terdapat dua kategori dalam sistem ini iaitu tinggi atau rendah.

“Dilihat berisiko tinggi, kerajaan akan mengenakan aktiviti sosial, bukannya aktiviti ekonomi,”  katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) meminta kerajaan menjelaskan apakah bercadang untuk membuat satu pelan baharu memandangkan ramai yang mula tidak menjaga SOP kerana bebas bergerak menjalankan aktiviti sosial, sekali gus wabak Covid-19 boleh meningkat.

Dalam hal itu, jelas Mastura lagi, kerajaan hanya berpegang kepada satu SOP sahaja yang kini sedang diguna pakai, malah tidak bercadang membuat pelan baharu untuk menangani perkara itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN