Kenaikan harga baja, racun dunia punca harga sayur naik - Utusan Malaysia

Kenaikan harga baja, racun dunia punca harga sayur naik

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran tempatan ketika ini ada kaitan dengan peningkatan harga baja dan racun di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu dimaklumkan pada sesi libat urus antara kementeriannya bersama Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) semalam.

Beliau berkata, mesyuarat dimaklumkan bahawa antara faktor kenaikan harga sayur-sayuran yang tinggi di dalam pasaran tempatan mempunyai perkaitan dengan kenaikan harga baja dan racun di pasaran dunia.

“Mesyuarat diketuai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

“Antara isu berbangkit yang dibincangkan bersama-sama adalah melibatkan isu kenaikan harga makanan terutamanya harga ayam dan sayur-sayuran yang mengalami kenaikan harga yang tinggi di dalam pasaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Katanya, beberapa pelan tindakan sedang dirangka melibatkan ketiga-tiga kementerian bagi mengatasi isu kenaikan itu.

Alexander berkata, beliau amat berharap tindakan ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin bagi membantu pengguna dan peniaga yang terkesan teruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN