PUTRAJAYA: Peminat angkasa berpeluang menyaksikan sekali lagi hujan meteor Leonid yang kemuncaknya dijangka berlaku ‘menghiasi langit’ pada awal pagi Khamis ini.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MySA), fenomena alam tersebut bermula secara berperingkat sejak 6 November lalu sebelum berakhir hujung bulan ini.
“Bagaimanapun, kemuncak kejadian ini berlaku dapat dilihat lewat malam Rabu ini sehingga awal pagi keesokan hari,” katanya menerusi hantaran dalam akaun sosial rasmi agensi itu. – UTUSAN ONLINE










