Kedah mampu jinakkan Harimau Selatan - Utusan Malaysia

Kedah mampu jinakkan Harimau Selatan

PENGENDALI Kedah, Aidil Sharin Sahak.- IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemain Kedah mampu melakukan kejutan berhadapan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Johor malam ini.

Pengendali Lang Merah, Aidil Sharin Sahak berkata, walaupun tidak membawa bekalan gol ke tempat lawan namun semangat anak-anak buahnya terus membara, malah mereka bertambah yakin mampu menewaskan skuad Harimau Selatan.

“Keyakinan pemain semakin tinggi untuk bertarung dengan JDT selepas mereka dapat beraksi dengan baik pada 90 minit pertama walaupun tanpa dua tonggak pemain import,” katanya.

Pada perlawanan suku akhir pertama yang berkesudahan seri 0-0, Kedah hanya menurunkan dua pemain import iaitu Kpah Sherman dari Liberia dan Renan Alves berasal dari Brazil sahaja.

Sementara itu, tiga lagi pemain import iaitu Kipre Tchethe dari Ivory Coast tidak cergas sepenuhnya manakala Rabih Ataya (Lebanon) dan M. Anumanthan (Singapura) beraksi bersama pasukan negara masing-masing dipentas kelayakan Piala Dunia 2022 serta aksi persahabatan peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, pengendali dari Singapura itu berkata, beliau mengharapkan Kipre Tchethe pulih daripada kecederaan dan dapat diturunkan pada perlawanan penting itu bagi membantu memantapkan lagi kekuatan jentera serangan Kedah.  

“Peranan Kipre penting untuk berganding bersama Kpah Shermen di bahagian jentera serangan untuk memburu gol,” jelasnya.

Pada masa sama, Aidil akan terus memberi kepercayaan kepada beberapa pemain muda yang mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mengekang pergerakan pemain JDT.

“Saya menaruh keyakinan pemain-pemain ini tidak akan mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan dan mereka perlu membuktikan kemampuan mereka yang sebenar.

“Bagaimanapun, Kedah tidak akan mudah menyerah kalah sebaliknya akan memberi tentangan hebat sehingga tamat perlawanan,” ujarnya yang mengakui JDT merupakan pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.