Kayveas dakwa masih Presiden MyPPP - Utusan Malaysia

Kayveas dakwa masih Presiden MyPPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri M. Kayveas masih Presiden MyPPP yang sah selepas selepas empat tahun berdepan krisis kepimpinan sebelum ini.

Menurut M. Kayveas, perkara tersebut disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bahawa beliau presiden parti yang sah selepas menerima surat bertarikh 1 September 2021.

Katanya, surat tersebut juga memaklumkan kepada beliau agar mentadbir parti  mengikut perlembagaan dan menyelesaikan syarat yang telah diberikan JPPM.

“Antara syarat ditetapkan adalah membentuk satu jawatankuasa kepimpinan. Akan tetapi kita sudah ada jawatankuasa yang dipilih untuk penggal 2018- 2023. 

Justeru saya pilih untuk gunakan jawatankuasa sedia ada. Malah saya buka ruang dan peluang untuk mereka yang tergelincir daripada landasan parti semasa krisis sebelum ini untuk kembali ke pangkal jalan. 

“Jika masih  gagal dan degil serta mahu kecohkan parti, saya akan bertindak.Perlu diingat krisis perebutan jawatan presiden sudah empat tahun berlalu dan kita sudah banyak rugi dalam tempoh ini,”katanya di sini.

Tambah Kayveas, pihaknya akan menulis surat maklum balas kepada JPPM bagi memaklumkan jawatankuasa kepimpinan terkini penggal 2018-2023.

Katanya, kemaskini kepimpinan terbaharu MyPPP perlu dimaklumkan segera kepada JPPM memandangkan jawatankuasa lama penggal 2014-2019 yang pernah dipimpin beliau sudah luput dan tidak berkuat kuasa lagi mengikut perlembagaan parti.

Dalam pada itu, M.Kayveas berkata, beliau akan memberi fokus untuk membimbing golongan muda menceburi bidang politik selepas ini.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN