Kawan belanja hisap 'syabu' - Utusan Malaysia

Kawan belanja hisap ‘syabu’

AHMAD ketika ditemui wartawan dekat sebuah kawasan perumahan di Pelabuhan Klang di Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Terpengaruh dengan tindakan rakan yang ‘menghisap’ syabu apatah lagi apabila dipelawa dengan ‘belanja’ menyebabkan seorang remaja berusia 16 tahun akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah itu.

Ahmad (bukan nama sebenar) menceritakan detik bermula terjebak dengan kancah najis dadah itu ketika bersekolah di Tingkatan 2 apabila ‘melepak’ bersama beberapa orang kawan yang tinggal berhampiran rumahnya.

“Saya tahu kawan saya hisap dadah dan dia pernah ajak, mula-mula saya mempunyai kekuatan untuk menolak. Tetapi lama-kelamaan akhirnya termakan juga dengan ajakannya sehinggalah kini saya sendiri ketagih,” katanya ketika ditemui di Pelabuhan Klang, di sini hari ini.

Menurutnya, yang menyebabkan mula rasa seronok hisap syabu apabila tindakannya itu didakwa memberikan ketenangan kepadanya sehingga dapat melupakan seketika tekanan dialaminya sepanjang hari.

Jelas Ahmad, dia sebenarnya tidak pernah mengeluarkan duit saku untuk membeli barang terlarang itu kerana sentiasa dibelanja rakan-rakannya.

“Kalau nak hisap, saya akan minta daripada kawan dan mereka tidak pernah minta saya beli. Saya tidak pernah tanya atau ambil tahu mana mereka dapat semua syabu tersebut,” jelas anak kedua daripada lima beradik itu.

Akibat daripada tabiat buruk itu, dia semakin malas untuk pergi ke sekolah kerana tidak dapat fokus dalam pelajaran.

Namun dari sudut hatinya, Ahmad mengakui dia harus berhenti daripada mengambil bahan larang berkenaan.

“Nasihat saya kepada remaja di luar supaya tidak mula mengambil apa-apa jenis dadah. Kalau dah mula ambil dadah, anda susah nak berhenti walaupun anda cakap mahu berhenti terus,” sesalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya