Kami ada duit - IMC - Utusan Malaysia

Kami ada duit – IMC

MOHAMMAD Yadzan Mohamed (kanan) menyerahkan dokumen sebagai simbolik penjualan saham Pafa kepada Pengurus IMC, Khairul Mahmood di pejabat Pafa di Ipoh kelmarin.- UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ‘Takkan kami berani jika tidak ada wang’. 

Demikian tegas Pengurus Impact Media Communications Sdn. Bhd. (IMC), Khairul Mahmood selepas syarikat itu membeli saham Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), kelmarin.

Pembelian 100 peratus pegangan saham badan induk itu membolehkan syarikat tersebut menjadi pemilik baharu kepada Perak FC.

Khairul berkata demikian berikutan tindakan warga net mempertikai kemampuan IMC sebaik sahaja berita berhubung pembelian tersebut tersebar di laman sosial.

“Baru beberapa jam selepas IMC  bersetuju menjadi pemilik Perak FC, sudah tersebar berita-berita negatif tentang kami.

“Percayalah kami bukan nak menganiayai sesiapa. Kami tidak sebodoh itu nak memerangkap diri sendiri dalam skandal kewangan besar seperti ini.

“Apa yang warga net tengok itu sebenarnya website lain. Kalau nak tengok siapa kami sebenarnya tengok laman sesawang IMC Sports & Entertainment,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Khairul berkata, IMC akan melaksanakan tanggung jawab terhadap Perak FC dengan segera terutama berkaitan dengan pelunasan tunggakan gaji pemain.

“Kami akan bertemu semua pemain untuk mula berbincang. Selesai sahaja, kami akan adakan satu sidang akhbar.

“Pada majlis itu nanti, pemain sendiri akan bercakap dan beritahu testimoni tentang kami kepada hadirin,” katanya.

Kelmarin, Pemangku Presiden Pafa, Datuk Mohammad Yadzan Mohamed mengumumkan penjualan 100 peratus saham Pafa kepada IMC.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya