'Kalau pawagam boleh minum, kenapa stadium tidak?' - Utusan Malaysia

‘Kalau pawagam boleh minum, kenapa stadium tidak?’

ANTARA penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan melibatkan Kuala Lumpur City dengan Penang FC dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam kelmarin.- IHSAN PENANG FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permintaan untuk membenarkan penyokong-penyokong yang hadir ke stadium untuk minum seharusnya tidak menjadi masalah untuk diberikan kelulusan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas pelbagai kelonggaran diumumkan kerajaan kepada penerima dua dos vaksin.

Jika panggung wayang atau pawagam yang dibenarkan beroperasi semula pada 9 September lalu, membenarkan penonton makan serta minum ketika menonton filem kenapa masih terdapat halangan kepada penyokong-penyokong bola sepak di stadium.

Sekiranya, faktor keluasan venue dan tempat lebih terbuka diambil kira sudah tentu kelebihan berpihak kepada stadium berbanding pawagam yang merupakan tempat tertutup.

Adakah timbul isu bahawa industri bola sepak dianaktirikan atau sebaliknya namun jawapan itu hanya mampu dijawab oleh kerajaan.

Mengambil kira keluhan penyokong-penyokong yang ‘kehausan’ di stadium, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengambil tindakan susulan dengan menghantar rayuan kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan perkara berkenaan.

“Pihak MFL melalui Presiden MFL (Datuk Ab. Ghani Hassan) sedang dalam proces merayu perkara ini dengan pihak berkuasa.

“Dengan kebenaran sektor makanan (di seluruh negara) beroperasi, kami mengharap sangat rayuan ini dapat dipertimbangkan untuk penyokong dan pasukan. Presiden akan bertemu dengan pihak terlibat minggu ini bagi membincangkan perkara tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam kepada Utusan Malaysia, semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan tempoh 90 minit tanpa minum menjadi detik sukar buat penyokong-penyokong bola sepak tempatan yang hadir ke stadium pada aksi Piala Malaysia yang berlangsung dalam keadaan pandemik Covid-19.

Biarpun tidak beraksi di padang namun sorakan dan sokongan padu yang diberikan mereka kepada pasukan kegemaran masing-masing sepanjang perlawanan berlangsung sudah pasti mendatangkan kehausan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd. Sadek Mustafa menyifatkan, kerajaan wajar membenarkan penyokong untuk minum ketika berada di dalam stadium ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya