JIM cari wanita warga China bagi tujuan perbicaraan - Utusan Malaysia

JIM cari wanita warga China bagi tujuan perbicaraan

WEI FANGFANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai menyalurkan maklumat berhubung seorang wanita warganegara China bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Wei FangFang, 38, dikehendaki JIM berhubung satu kes pendakwaan di bawah Per. 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM menerusi kenyataan berkata, wanita berkenaan dengan nombor pasport EF5215695 dikesan beralamat terakhir di Meng Market Sdn. Bhd. D-G-2A, Fortune Avenue (BLK D), Jalan Metro Perdana 3, Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dimohon  menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Mohd. Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, JIM Putrajaya.

“Mohd Azamuddin boleh dihubungi di talian 03-88801338 atau 03-88801330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555  selepas waktu pejabat,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN