“Jika cacian, makian tanpa usul periksa menjadikan mereka bahagia, silakan” - Iqbal Zulkefli - Utusan Malaysia

“Jika cacian, makian tanpa usul periksa menjadikan mereka bahagia, silakan” – Iqbal Zulkefli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mencaci dan memaki dirinya tanpa usul periksa.

Iqbal menerusi Instastorynya meluahkan rasa sedih apabila diserang netizen gara-gara video memijak wang yang tular baru-baru ini.

“Viral video saya memijak duit itu amat menyedihkan saya.

“Kelihatan jelas sekali video itu seolah saya tidak menghormati rezeki, seolah mempermainkan nikmat. Sedangkan hal sebenar Allah tahu.

“Jika cacian, makian tanpa usul periksa menjadikan mereka bahagia, silakan sahaja,” luahnya.

Tambah Iqbal, dia kecewa dengan apabila video tersebut ditularkan tanpa dia berpeluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Satu persatu orang menyebarkan tanpa cuba mendengar penjelasan yang sebenar. Tidak mengapa. Bertubi-tubi ujian saya ini, semoga Allah gantikan dengan berita baik,” katanya lagi.

Iqbal sebelum ini dikritik hebat gara-gara tindakannya memijak wang dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

Namun, dia pernah tampil menjelaskan bahawa tindakannya itu hanyalah untuk kandungan media sosial yang turut melibatkan beberapa orang selebriti tempatan semata-mata dan wang yang dipijak bukan wang sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya