fbpx

Jentera Mercedes tak laju – Hamilton

LEWIS Hamilton bersaing hebat dengan Max Verstappen sepanjang perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Lewis Hamilton memberi amaran kepada Mercedes bahawa jenteranya tidak cukup laju untuk memberi tentangan terhadap Max Verstappen dalam perebutan gelaran musim ini.

Pemandu Red Bull, Verstappen memintas juara dunia tujuh kali itu seawal pusingan pertama dalam Grand Prix (GP) Mexico Ahad lalu, sebelum menjuarai cabaran tersebut.

Kemenangan tersebut meletakkan Verstappen kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan kelebihan 19 mata di depan pemandu Mercedes, Hamilton.

Hamilton, 36, berkata, dia yakin dapat memenangi perlumbaan seterusnya di GP Brazil pada hujung minggu ini, namun mengakui peluangnya untuk merangkul gelaran musim ini agak sukar.

“Kalau boleh, setiap perlumbaan saya ingin menang dan mengutip mata tertinggi. Bagaimanapun, Red Bull terlalu pantas.

“Kami sudahpun memberikan segalanya dengan kelajuan terpantas, namun ia masih belum cukup untuk mengatasi mereka.

“Mereka mempunyai kereta yang lebih laju tetapi apa yang boleh saya lakukan adalah cuba sedaya upaya dan pastikan tiada apa yang tertinggal.

“Kini perlumbaan berbaki empat lagi. Jadi saya mahu memberi fokus dan teruskan berusaha,” kata Hamilton.- AGENSI

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI