Jalan ke kampung Orang Asli Sungai Siput runtuh - Utusan Malaysia

Jalan ke kampung Orang Asli Sungai Siput runtuh

JALAN utama Pos Beswok di Sungai Siput yang runtuh menyebabkan penduduk Pos Yum terputus hubungan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  Kira-kira 200 penduduk di perkampungan Orang Asli Pos Yum dekat Sungai Siput terputus hubungan selepas laluan utama ke kampung tersebut runtuh semalam, dipercayai akibat hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, ia melibatkan laluan sepanjang 60 meter dengan anggaran kedalaman cerun antara 10 hingga 15 meter di jalan utama Pos Beswok dekat Kampung Penyell.

“Berikutan itu, laluan tersebut ditutup kepada semua kenderaan dan jentera akan masuk ke lokasi kejadian hari ini untuk membina laluan sementara, bagi menghubungkan laluan yang terputus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menjangkakan kerja-kerja menyiapkan laluan sementara itu akan mengambil masa kira-kira dua hari.

Jelasnya, bagi tindakan jangka panjang, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan kerja-kerja membaiki cerun pada lokasi tersebut.

Katanya, kerja-kerja itu akan dijalankan berdasarkan kepada pemeriksaan forensik berhubung kegagalan cerun tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya