KOTA BHARU: Siapa sangka, lelaki yang berniaga barang basah murah di sebuah gerai di pasar pagi Kampung Parit, Pasir Tumboh, di sini semalam rupa-rupanya pelakon tersohor, Datuk Adi Putra. Di gerai tersebut, Adi Putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 40, sekadar mengenakan harga RM10 bagi setiap dua kilogram ikan atau ayam bersama sayur-sayuran dijualnya. Memandangkan harga ditawarkan luar biasa murah, orang ramai tidak putus-putus singgah membeli sambil beramah…