Jaga maruah asnaf, jangan jadikan bahan tular media sosial - Utusan Malaysia

Jaga maruah asnaf, jangan jadikan bahan tular media sosial

YAAKUB YUSROFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  “Memberi tidak salah, namun berilah dengan tidak mencalarkan maruah orang lain” itu nasihat yang dikongsikan Ustaz Yaakub Yusra Mohd Yusoff yang juga Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) terhadap situasi semasa kini yang menjadikan golongan asnaf sebagai bahan tular di media sosial.

Tambahnya, dia pasti golongan asnaf juga tidak mahu dimalukan. Namun dalam keadaan terpaksa golongan ini tidak ditinggalkan pilihan sekali gus terpaksa merelakan diri mereka diaibkan.

”Sebab sekarang ni ramai sangat yang menjadikan asnaf sebagai tempat untuk bahan . Bagi saya ni memang sangat tidak bertanggungjawab.

“Benar Islam mengajar kita tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Tetapi janganlah tangan yang memberi itu mendapat kredit dan yang menerima itu mendapat malu,” katanya dalam video yang tular sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu video berdurasi 2 minit 24 saat yang sudah ditonton 163,000 di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi pengguna laman sosial.

Dalam video yang sama Ustaz Yaakub juga turut menunjukkan cara-cara menggunakan mesin ATM beras, Rice for Asnaf yang dicipta oleh MADAD. Tambahnya, mesin ATM ini dicipta bagi memudahkan golongan asnaf atau yang memerlukan untuk mendapatkan beras secara percuma selain tidak perlu dimalukan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN