Isteri Alif Syukri antara 11 jemaah tunaikan umrah - Utusan Malaysia

Isteri Alif Syukri antara 11 jemaah tunaikan umrah

KUARANTIN jemaah umrah ditanggung oleh kerajaan. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Isteri pengasas produk kecantikan D’Herbs, Datin Nur Shahida Mohd. Rashid antara 11 jemaah yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci di Arab Saudi untuk mengerjakan umrah.

Nur Shahida, 36, yang merupakan isteri kepada Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman turut membawa sama bapanya, Mohd. Rashid Abas, 64, dan ibunya Rohana Hassan, 60, serta bapa saudaranya Ramzan Abas, 69.

Nur Shahida berkata, kebenaran mengerjakan umrah nyata mengujakan dirinya yang sememangnya mengimpikan untuk mengerjakan ibadah itu.

“Pengalaman mengerjakan umrah tahun ini berbeza dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu dan saya akan kongsikan pengalaman dengan orang ramai.

“Memang setiap tahun saya bersama agensi ini pergi mengerjakan umrah begitu juga haji sebelum ini.

“Buat orang ramai yang bakal mengerjakan umrah tidak perlu gusar yang penting patuhi semua SOP yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui sebelum berlepas di KLIA hari ini.

Turut sama menyertai ibadah umrah ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Pengasas jenama Eng’s Popcorn, Mohamad Shazarul Ismail serta Siti Azwani Abu Bakar yang merupakan produk kecantikan Dolcepetite dan lapan jemaah yang lain.

Kesemua jemaah tersebut diuruskan agensi umrah dan ziarah terkenal tempatan, Mutiara Travel & Tours Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Johor Bharu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Mutiara Travel & Tours Sdn Bhd, Fawaz Abdul Hamid, 33 berkata, ini adalah penerbangan kali pertama diuruskan agensi selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan mengumumkan kebenaran pergerakan merentas negeri termasuk ke luar negara pada 11 Oktober lalu setelah Malaysia mencapai kadar vaksinasi 90 peratus daripada populasi dewasa.

Sebelum pintu sempadan ditutup pada akhir Mac tahun lalu, hampir 300,000 rakyat Malaysia mengerjakan umrah setiap tahun iaitu kelapan paling ramai dalam kalangan jemaah asing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.