i-Citra perlu dinaikkan daripada RM5,000 ke RM10,000 - Utusan Malaysia

i-Citra perlu dinaikkan daripada RM5,000 ke RM10,000

najib
NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap i-Citra dinaikkan daripada RM5000 ke RM10,000.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2022 berkata, rakyat Malaysia umumnya ingin menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang dan memulakan perniagaan kecil susulan ramai yang terkesan akibat Covid-19.

“Saya dapati ramai yang bersuara dan mendesak, sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau pun berniat untuk mengumpul modal untuk memulakan perniagaan kecil mereka. Mereka bukan suka-suka nak keluarkan caruman mereka.

“Justeru, saya amat berharap saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan ke RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat.

“Sesungguhnya ini tidak boleh disifatkan sebagai langkah populis, tetapi berpunca dari keperluan mendesak rakyat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebagai mengimbangi pengeluaran itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu KWSP sendiri.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan simpanan rakyat dalam KWSP. Seperti yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan Bajet tahun lepas, ini boleh dilakukan, terdapat tiga cara iaitu pasca Covid-19, kerajaan boleh bantu KWSP meraih pendapatan lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP, contohnya sebelum ini, projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek di United Kingdom serta pemilikan 49 peratus di dalam syarikat PLUS,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya