Hujan lebat berterusan, banjir kilat landa beberapa kawasan di Georgetown  - Utusan Malaysia

Hujan lebat berterusan, banjir kilat landa beberapa kawasan di Georgetown 

KEADAAN banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Georgetown, Pulau Pinang pagi ini akibat hujan lebat dan berterusan sejak awal pagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Beberapa kawasan di pusat bandar di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Kuantan, Jalan Pintal Tali, Jalan Macalister, Lorong Ngah Aboo, Jalan Anson, Lebuh Mcnair, Lebuh Nanking, Lebuh Katz, Pasar Lebuh Cecil, Jalan Timah Simpang Kg Jawa Lama, Lebuh Carnarvon, Lebuh Victoria dan Pengkalan Weld.

Banjir kilat pada paras buku lali itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas berlaku di pusat bandar pagi ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, banjir bagaimanapun mulai surut pukul 9.30 pagi dan pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga dengan segera membersihkan longkang bagi mengelakkan laluan air tersumbat.

“Pihak berkuasa berada di lapangan untuk memantau keadaan memandangkan keadaan masih hujan di beberapa bahagian pulau,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng berkata, banjir kilat di kawasan Jalan Kuantan di pusat bandar awal pagi tadi berpunca daripada paras air Sungai Pinang yang tinggi.

“Keadaan itu menyebabkan air sungai melimpah dan berlaku banjir kilat di sekitar Jalan Kuantan.

“Pihak kami telah melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa agar jalan penyelesaian dapat segera diambil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya