[VIDEO] Hina kaum dayak, permohonan maaf terbuka @abahboss08 diterima - Utusan Malaysia

[VIDEO] Hina kaum dayak, permohonan maaf terbuka @abahboss08 diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular sebuah video pemilik akaun TikTok yang dikatakan menghina kaum dayak yang memberi pelbagai reaksi warganet baru-baru ini.

Pemilik akaun @abahboss08 itu dikatakan ‘diburu’ oleh warga Borneo kerana mengarahkan penghasilan sebuah video yang memaparkan keceluparan kata-kata terhadap kaum dayak.

Malah, ramai warganet terutamanya dalam kalangan kaum dayak menuntut individu berkenaan memohon maaf secara terbuka.

“Saya memohon maaf, memohon ampun kepada semua kaum dayak di Malaysia dan di luar Malaysia. Atas kesilapan saya ini, kerana saya membuat video untuk mengutuk kawan saya sendiri yang dipangil namanya dayak. Harap tidak ada yang menyerang mana-mana pihak kerana saya yang bertanggungjawab di atas video berkenaan,” kata @abahboss08.

VIDEO permohonan maaf ikhlas dari pemilik akaun @abahboss08

Keterlanjuran @abahboss08 sememangnya menjadi tauladan kepada semua rakyat di negara ini dan kes ini berakhir dengan pernyataan mohon maafnya secara terbuka dalam media sosial.

Malah, mujur di Malaysia, kita mempunyai warganegara yang baik hati terutamanya kaum-kaum dayak yang pemaaf, menjunjung sopan santun serta mampu bertindak mengikut akal fikiran yang waras tanpa terlalu beremosi.

Sementara itu, seorang warganet, Elvian Ian membalas komen; “Masalahnya..abah bos tu cakap orang dayak..dan bukan budak nama dayak.

@katun Cie pula berkata; “Dah buat minta maaf, dah tu ulang lagi, memang nak diajar agar tahu di Malaysia ni bukan satu bangsa je ada..perlu hormat bangsa orang lain.”

“Jadi, lepas ni beringat lah bila berkata-kata, kadang kita ingat benda tu lawakm tapi kena juga jaga hati bangsa lain..ingat kita hidup berbilang kaum,” kata @CEO OF GTB. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya