“Hai isteri” - Yonnyboii selamat berkahwin - Utusan Malaysia

“Hai isteri” – Yonnyboii selamat berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Yonnyboii, 23, selamat melangsungkan pernikahan dengan suri hati pilihan hati, Nik Nazira Narriman, 22, semalam.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Salahku berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya, tengah malam semalam.

“Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri,” coret Yonnyboii ringkas diiringi gambar swafoto bersama isterinya.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, isteri Yonnyboii yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial turut berkongsi beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

“Bismillah, saya kahwin dengan kawan baik saya sendiri.

“Kami mengadakan majlis nikah sederhana dengan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

“Jumpa anda semua pada majlis persandingan tahun depan,” ujar Nazira.

Menjengah di ruangan komen kedua-dua mempelai itu, mereka disirami ucapan selamat pengantin baharu daripada peminat dan pengikut serta rakan kenalan artis.

Untuk rekod, selepas setahun perkenalan, pasangan merpati dua sejoli berkenaan mengikat tali pertunangan pada awal Oktober lalu di kediaman isterinya di Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya