KUALA LUMPUR: Kembali menggegarkan industri hiburan, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bakal bersiaran tidak lama lagi dan barisan para peserta mula menjadi teka-teki peminat program hiburan nombor satu itu.
Menerusi tinjauan di media sosial, antara nama yang disebut-sebut bakal bersaing dalam program yang dipercayai akan bersiaran tidak lama lagi adalah penyanyi dan cef terkemuka, Datuk Fazley dan penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain.
Malah, kumpulan Ruffedge yang popular dengan lagu Bila Rindu juga dikatakan antara peserta yang bakal berentap merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim kelapan.
Tidak ketinggalan, penyanyi bersuara tinggi, Nikki Palikat dan Adibah Noor juga dikatakan bakal bersaing dengan peserta lain.
Selain Inran, nama penyanyi popular kelahiran Singapura juga, Aliff Aziz disebut-sebut oleh peninat.
Sebelum ini, juara Akademi Fantasia pertama, Vince juga memberi bayangan seolah-olah bakal menghangatkan pentas yang telah mencipta pelbagai magis itu.
Ggear Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse untuk musim-musim sebelum ini juga pernah menobatkan nama-nama besar seperti Siti Nordiana, Azharina Azhar dan Hady Mirza sebagai juara.