Gelembung pelancongan antarabangsa hambar - Utusan Malaysia

Gelembung pelancongan antarabangsa hambar

ZAINUDIN KADIR  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi yang memasuki hari kedua hari ini terus hambar apabila tiada pelancong asing yang memasuki pulau peranginan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir berkata, keadaan tersebut berlaku apabila masih tiada penerbangan terus dari luar negara ke pulau ini sejak semalam.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya mempercepat penerbangan terus ke pulau ini bagi memastikan ramai pelancong asing berkunjung ke sini.

“Semalam, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) baru dibuat perbincangan dengan Qatar Airways untuk penerbangan terus ke Langkawi, sedangkan ejen pelancongan memerlukan masa antara tiga ke enam bulan untuk menjual tiket tersebut.

“Kebanyakan ejen pelancong juga tidak berani untuk menjual pakej mereka kerana SOP (prosedur operasi standard) yang diumumkan sebelum ini adalah tidak jelas,” katanya ketika  ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, LTA turut menganggap angka kedatangan pelancong yang amat mengecewakan ini adalah berpunca daripada kelewatan pengumuman SOP penuh gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi yang baru diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Selain itu, tambahnya, pihaknya juga kecewa terhadap kelewatan kerajaan mengumumkan senarai negara yang dibenarkan masuk ke Langkawi untuk gelembung pelancongan antarabangsa. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN