“Fesyen masuk tanah ke ini, cuma letak bunjut sahaja” -Fesyen Che Ta di KLFA 2021 curi perhatian warganet - Utusan Malaysia

“Fesyen masuk tanah ke ini, cuma letak bunjut sahaja” -Fesyen Che Ta di KLFA 2021 curi perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penampilan pelakon terkenal, Rozita Che Wan semasa menghadiri Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021 semalam, telah mencuri perhatian warganet.

Menerusi entri Instagram, Rozita yang lebih disapa Che Ta itu tampil menggayakan busana serba hitam daripada pereka fesyen Ezuwan Ismail, menerima pelbagai reaksi warganet.

Pemerhatian Utusan Malaysia, pelakon yang kini bergelar usahawan itu tampil dengan menutup mukanya dengan kain berjaring bertatahkan batu berlian berbeza dengan penampilannya sebelum ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilannya selain ada yang mengimbas imej selebriti Hollywood, Kim Kardashian ketika menghadiri sebuah majlis fesyen tersohor, Met Gala 2021, baru-baru ini.

“Wah uniknya, kita tidak faham sangat tentang fesyen. Tetapi, baju itu lawa,” tulis seorang warganet.

“Teringat Kim Kardashian yang semua serba hitam itu,” komen lagi seorang warganet.

“Meletop! Next level fashion,” puji seorang warganet.

Bagaimanapun, persalinan Che Ta itu juga menerima kecaman segelintir warganet selain ada juga yang berseloroh dengan penampilan berbezanya berkenaan.

“Semakin mengarut dah fesyen akhir zaman,” komen seorang netizen.

“Ini barulah betul-betul islamik, menutup aurat sepenuhnya,” seloroh seorang netizen.

“Wow, fesyen masuk tanah ke ini? Cuma letak bunjut sahaja,” seloroh lagi seorang netizen.

Difahamkan, gaun moden serba mewah rekaan pereka fesyen itu dianggarkan berharga RM 50,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya