Empat lelaki jual minuman keras seludup ditahan - Utusan Malaysia

Empat lelaki jual minuman keras seludup ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga asing dipercayai menjual minuman keras seludup dalam serbuan di Jalan Sentul Pasar di sini, Khamis lalu.

erbuan kira-kira pukul 7 petang itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati modus operandi kegiatan itu berselindung di sebalik premis perniagaan pemborong minuman keras.

Katanya, kes suspek berusia 24 hingga 27 tahun itu dipercayai beroperasi sejak setahun lalu.

“Polis turut merampas sebanyak 2,720 botol minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai adalah barang tidak berkastam dengan nilai cukainya dianggarkan sebanyak RM100,000.

“Kesemua suspek kini direman selama tiga hari bermula dari Jumaat lalu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1965 kerana memiliki, menyimpan, mengangkut, menghantar, mengedar, menyorok serta menjual minuman keras seludup.

Jelas beliau, sesiapa disabit bersalah boleh membawa hukuman denda tidak lebih 20 kali ganda jumlah cukai kastam atau RM500,000.00 mengikut mana-mana jumlah lebih besar atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pihak Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya memberikan kerjasama serta menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa untuk mengekang aktiviti yang kurang sihat seperti ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482206.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN