IPOH: Hasrat 12 daripada 18 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) semakin hampir menjadi kenyataan.
Ini kerana usaha ke arah itu sedang berjalan lancar bagi pelaksanaannya mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Berdasarkan maklumat yang diterima, sebuah jawatankuasa penyelaras EGM telah dibentuk malah tarikh serta tempat sudah diputuskan.
Surat dalam proses dikeluarkan kepada semua ahli gabungan mengenai EGM itu .
Mesyuarat agung luar biasa itu diadakan bagi memilih kekosongan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan itu.
Sebanyak 12 daripada 18 ahli gabungan Pafa mendesak supaya mengadakan kongres luar biasa.
Gabungan itu adalah Perak Tengah, Tapah, Kampar, Gerik, Lenggong, Pengkalan Hulu, Kampung Gajah, Ipoh, Larut Matang & Selama, Hilir Perak, Kerian dan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak.