Edar kanabis, penghantar makanan dihukum gantung

Edar kanabis, penghantar makanan dihukum gantung sampai mati

IZAD Shahizal Pungot (tengah) dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar kanabis di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penghantar makanan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 764.90 gram pada 2018.

Tertuduh, Izad Shahizal Pungot, 41, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakiman ringkas, Hakim Ahmad Kamal menyabitkan tertuduh didapati bersalah dan pembelaan gagal menyangkal anggapan di bawah Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap kegiatan pengedaran dadah.

Izad Shahizal yang merupakan bapa kepada dua orang anak itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di sebuah kediaman di Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah pada pukul 9.30 malam, 16 Januari 2018.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) dan Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali, manakala tertuduh diwakili peguam, Shaik Saleem S.M. Daud.

Sementara itu, Muhammad Syafiq ketika ditemui di luar kamar mahkamah memberitahu, sejumlah dadah berkenaan ditemukan di tiga lokasi berbeza di kediaman mangsa ketika polis menjalankan penggeledahan.

“Ketika pemeriksaan dibuat, dadah berkenaan ditemukan di tiga lokasi berlainan iaitu di bawah tilam bilik tidur utama dan bilik tidur kedua serta di bawah kabinet dapur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya