Edar dadah: Cucu P. Ramlee terlepas hukuman gantung

Edar dadah: Cucu P. Ramlee terlepas hukuman gantung

ZAKARIA Nasir (dua dari kanan) bersama peguamnya, Latheefa Koya dan Zaid Malek (kiri) keluar dari mahkamah selepas dibebaskan oleh di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga termasuk cucu seniman ulung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menarik nafas lega apabila terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar 4.6 kilogram dadah jenis Kanabis, tiga tahun lalu. 

Hakim, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah terhadap Zakaria Nasir yang merupakan cucu P. Ramlee selain Mohd. Faizul Zulkifli, 39, dan Mohammad Saifuddin Darmawan, 34. 

Dalam penghakiman, Nurulhuda menegaskan pihak pendakwaan gagal memanggil saksi yang material atau saksi penting bagi membuktikan kes pendakwaan. 

“Justeru, timbul keraguan terhadap pertuduhan tersebut. Maka, ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya. 

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah jenis Kanabis seberat 4,678.5 gram di sebuah unit rumah di Desa Idaman, Taman Puchong Prima dekat sini pukul 3.50 petang pada 15 Januari 2018.

Oleh demikian, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail. 

Manakala Zakaria Nasir diwakili Peguam Latheefa Koya dan Zaid Malek sementara Peguam Datuk Rajpal Singh dan Phan Yantong Nur Sarah mewakili Mohd. Faizul. 

Bagi Mohammad Saifuddin Darmawan pula diwakili Peguam Dir Kheizwan Ab Halim @ Kamaruddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya