Dua remaja ditahan, tunggang motosikal secara berbahaya

Tunggang motosikal secara berbahaya, dua remaja ditahan polis

DUA remaja yang ditahan polis kerana melakukan aksi berbahaya di Persiaran Senawang, Seremban, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan anggota polis di Persiaran Senawang dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata, dua remaja berkenaan ditangkap Skuad 42 JSPT IPK Negeri Sembilan kira-kira pukul 1 pagi kerana didapati menunggang motosikal dengan gaya mengangkat tayar hadapan dan aksi berkenaan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, kedua lelaki berkenaan berusia 18 tahun dari Pahang dan 19 tahun dari Kedah.

“Kedua-duanya baharu sahaja menetap di sini untuk berniaga kuih muih dan keropok lekor. Mereka kini ditahan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shafiei berkata, jika sabit kesalahan, kedua-dua remaja berkenaan bakal berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya