fbpx

Dua maut kemalangan kereta, MPV 

KEADAAN kereta yang terlibat kemalangan di Jalan Salak, Sungai Siput, Perak, semalam. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Dua lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran Hospital Sungai Siput di Jalan Salak di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 20 tahun dan 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubungi kemalangan itu pada pukul 10.14 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Proton Ixora dan Proton Saga menyebabkan dua mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Anggota bomba menggunakan jentera khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Samad tamat pada 12.05 pagi. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI