Dua lelaki terperangkap dalam kejadian kepala air - Utusan Malaysia

Dua lelaki terperangkap dalam kejadian kepala air

KEADAAN arus deras dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Bukit Wang, Jitra, Kubang Pasu hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Dua pengunjung lelaki terperangkap dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Bukit Wang di sini petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, dua lelaki terbabit dari Jitra berusia 19 dan 21 tahun berada di kawasan hutan lipur itu ketika kejadian kepala air pada pukul 5 petang.

Bagaimanapun menurutnya, mereka dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

DUA mangsa yang terselamat selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Bukit Wang, Jitra, Kubang Pasu hari ini. – IHSAN APM

“Anggota Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah berada di hutan lipur tersebut untuk menyelamat dua mangsa itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurutnya, kejadian kepala air itu berlaku selepas hujan lebat selama tiga jam pada petang tadi.

Pada masa sama, tambahnya, sebanyak seramai 30 penduduk daripada lapan keluarga dari tiga kampung berdekatan hutan lipur itu terjejas apabila dilanda banjir kilat sedalam 0.5 meter.

Katanya, tiga kampung terlibat adalah Kampung Bukit Wang, Kampung Padang Panjang dan Kampung Sampang.

“Bagaimanapun mangsa terlibat tidak berpindah selepas banjir kilat tersebut kembali surut dalam masa dua jam kemudian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN