Dua lelaki cedera semasa aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu - Utusan Malaysia

Dua lelaki cedera semasa aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu

Pasukan keselamatan mengusung mangsa yang cedera untuk turun ke kaki Gunung Kinabalu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Aktiviti paragliding dua pendaki berakhir menjadi tragedi apabila mereka terjatuh semasa melakukan aktiviti berkenaan di Gunung Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, kedua-dua mangsa ditemukan di Kilometer 7.5 Summit Trail dalam keadaan cedera namun, masih sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi dan sepasukan empat pegawai dan anggota bersama malim gunung bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi pada pukul 9.15 pagi, dua lelaki ditemukan dalam keadaan cedera pada bahagian lutut dan berada dalam keadaan sedarkan diri.

“Mangsa pertama didapati cedera pada bahagian lutut kanan dan mampu bergerak sendiri untuk turun ke kaki gunung manakala, mangsa kedua pula mengalami bengkak di bahagian lutut kanan dikhuatiri retak tempurung lutut.

“Kaki mangsa diletakkan anduh kemudian dibawa turun ke kaki gunung menggunakan alat pengusung.

“Pasukan bomba turut memberi rawatan awal dengan mencuci luka mangsa pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa selamat tiba di kaki gunung dan terus dibawa ke Hospital Ranau mendapatkan bagi rawatan lanjut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya