Ditidurkan 10 hari akibat Covid-19, bekas ADUN Asahan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ditidurkan 10 hari akibat Covid-19, bekas ADUN Asahan meninggal dunia

ABDUL GHAFAAR ATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia di Hospital Melaka, di sini petang tadi.

Allahyarham yang berusia 65 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang akibat Covid-19.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan berita tersebut. 

“Saya telah dimaklumkan Allahyarham meninggal dunia tadi di Hospital Melaka. Sebelum ini arwah terpaksa ditidurkan selama 10 hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Jelasnya, pemergian Allahyarham yang memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah merupakan kehilangan besar buat parti.

“Kepimpinan UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai serta mengenang jasa Allahyarham terutama dalam UMNO Alor Gajah,” katanya.

Abdul Ghafaar merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka dan difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Asahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN