Dibogel, dibelasah 12 lelaki hingga lunyai - Utusan Malaysia

Dibogel, dibelasah 12 lelaki hingga lunyai

MAJLIS penyerahan tongkat kuasa Ketua Polis Daerah Pasir Puteh membabitkan Mohd. Azmir Damiri (kiri) kepada Ediansha Endal di IPD Pasir Puteh, Kelantan hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Mayat warga asing yang ditemukan ‘lunyai’ dalam keadaan bogel di sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali, di sini pada 3 November lalu dipercayai telah dibelasah dan diseret sekurang-kurangnya 12 suspek.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an telah dicekup oleh penduduk kampung selepas dipercayai menceroboh masuk sebuah kedai.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan lelaki yang belum dapat dikenal pasti identiti dan warga negara itu telah dipukul beramai-ramai, sebelum diseret ke lokasi kejadian dan meninggal dunia di situ.

“Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati ada kesan koyak pada bahagian kepala, lebam di punggung dan kesan cedera akibat diseret sebelum dibuang di kawasan lapang berhampiran jeti berkenaan.

“Mayat mangsa ditemukan terlentang dengan kaki diikat dengan tali,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah dan Terima Tugas Bekas Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Mohd. Azmir Damiri kepada Deputi Superintendan Ediansha Endal.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, polis kini sedang memburu seramai enam lagi suspek lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kes yang berlaku pada 3 November lalu, manakala enam lagi sudah ditahan.

Katanya, kesemua mereka berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun.

“Suspek yang diburu Mohamad Faris Ismail,17; Abdul Kaiyum Awang, 17; Muhammad Mustaqimiey Abdul Jais, 19; Muhammad Farhiman Ismail, 22; Muhamad Nazri Yusoff, 25 dan Muhammad Zulkifli Udin, 28.

“Kesemua suspek dipercayai berasal dari Kampung Haji Wan Omar di sini. Orang ramai yang mengenali enam lelaki ini boleh menyalurkan maklumat berkaitan ke balai polis yang berdekatan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan dalam keadaan bogel berhampiran sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali di sini pada 3 November lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya