fbpx

Debaran kian terasa

GELAGAT penyokong pasukan JDT dan KL City yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Setelah edisi tahun lalu dibatalkan ekoran pandemik Covid-19, kehangatan Piala Malaysia kembali terasa menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City bakal berentap di pentas akhir, sebentar lagi.

Hanya 20,000 penonton dibenarkan masuk ke Stadium Nasional, Bukit Jalil berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun kehadiran penyokong sekurang-kurangnya memeriahkan kembali perkarangan venue perlawanan akhir itu.

GELAGAT penyokong pasukan JDT yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Kali ini juga, mereka yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19, termasuk dilarang makan dan minum ketika berada di dalam stadium.

Kelab gergasi negara, JDT bersedia untuk mempertahankan gelaran mereka selepas menjulang trofi Piala Malaysia pada 2019.

GELAGAT penyokong KL City yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Sementara KL City mahu menamatkan penantian 32 tahun mereka untuk mendakap Piala Malaysia, yang menjangkau usia 100 tahun.

PENYOKONG JDT, Nurul Huda Sulaiman mengenakan pelekat bendera Johor ketika hadir ke stadium bagi menyaksian perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Penonton yang hadir dinasihatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka selain mengharapkan agar tiada sebarang provokasi sewaktu atau selepas perlawanan berlangsung.

POPULAR

KOSMO! TERKINI