PETALING JAYA: Warganet menyatakan pelbagai reaksi berhubung video tular mengenai seorang lelaki yang berada di atas bumbung jejambat dan diselamatkan beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Pangsapuri Putra Ria, Seri Kembangan, Selangor.
Menerusi TikTok yang dimuat naik @Ruslan, terdapat tiga bahagian video yang dirakamnya mengenai kejadian itu.
TULAR video aksi beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat cuba menyelamatkan seorang lelaki yang berada di atas bumbung jejambat. -VIDEO MEDIA SOSIAL
Namun, tiada siapa yang tahu motif lelaki berkenaan berada di atas bumbung berkenaan.
“Orang macam ini mesti dibantu dia ada masalah kesihatan..bukan kita hina, kesian dia tak minta jadi macam tu. Mungkin tak boleh berfikir baik,” kata @ayudamansara.
@Aiman_pes2021 pula berkata; “Ini kalau tak hutang, putus cinta atau pun depression.”
@Cik puan nana turut memberi komen; “Allahurabbi, abang bomba pun turut gadai nyawa nak selamatkan orang tu.” UTUSAN ONLINE