Calon SPM harap jadual padat diubah - Utusan Malaysia

Calon SPM harap jadual padat diubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: #UbahJadualSPM, tular dan trending di platform sosial media ekoran luahan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan jadual ujian SPM pada Mac tahun depan. 

Menjengah ruangan komen, rata-rata calon-calon SPM berharap  susunan jadual  itu diubah bagi membolehkan mereka bernafas.

“Hanya mahu memberitahu semua orang dan memang mahu tahu jika jadual peperiksaan kompak SPM ini boleh ditukar? Cubalah tengok pada tarikh 7 hingga 11 hari bulan Mac itu, peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan, Matematik dan Pendidikan Islam tanpa ruangan nafas,” ujar seorang netizen.   

Seorang pengguna Twitter yang mendakwa calon SPM pula berkata, jadual itu wajar diubah supaya tidak terlalu padat.

“Pelajar kumpulan 2004 sudah melalui banyak cabaran, seperti format pembelajaran baharu dari darjah satu, format soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baharu, format soalan baharu Pemeriksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ujian amali sains SPM untuk Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan sekarang KPM memberi jadual SPM macam ini,” katanya.

Turut membalas ciapan salah seorang calon SPM ialah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia (JPKPP), Maszlee Malik yang berkata, JPKPP sudah membuat mesyuarat kedua untuk membincang tentang isu itu dan isu-isu lain pada 18 Oktober lalu lalu.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.