MELAKA: Berbaki tiga hari sebelum hari mengundi, seorang calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mendakwa menjadi mangsa godam yang menyebabkan akaun media sosialnya tidak dapat diakses. Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Norazlanshah Hazali berkata, beliau memiliki lebih daripada 40,000 pengikut di laman sosial Facebook dan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu seolah-olah cuba menutup peluangnya menjadi wakil rakyat. Bagaimanapun, katanya, tindakan itu tidak melemahkan semangatnya…










