PETALING JAYA: Penemuan bukti-bukti baharu kemungkinan besar tetap tidak dapat membantu pasukan petugas khas untuk mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap pemilikan Pulau Batu Puteh. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang merupakan bekas Menteri Luar pada Mac 2008 hingga April 2009 menyifatkan, sebarang penemuan bukti-bukti baharu menjadi tidak bermakna jika rayuan tidak dibuat dalam tempoh ditetapkan oleh ICJ. Justeru katanya, pasukan…










