BN janji beri peruntukan semua 28 DUN - Utusan Malaysia

BN janji beri peruntukan semua 28 DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) berjanji menyediakan peruntukan kepada semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira parti politik jika mereka diberi mandat menerajui Kerajaan Negeri Melaka pada 20 November ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, janji berkenaan di bawah teras pertama manifesto BN bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu mengekalkan kestabilan politik dalam agenda politik matang.

Katanya, langkah berkenaan sebagai usaha memastikan kemakmuran kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira latar belakang politik.

Beliau berkata demikian dalam pelancaran manifesto BN di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN