Berkahwin selepas lebih setahun tertangguh - Utusan Malaysia

Berkahwin selepas lebih setahun tertangguh

MUHAAD Hafizudin Thajudin dan Nor Aini Amran pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Bahagia, Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Hajat mendirikan mahligai buat pasangan di Kampung Bahagia di sini akhirnya menjadi kenyataan hari ini selepas  lebih setahun tertangguh akibat wabak Covid-19.

Muhaad Hafizudin Thajudin,25, dan pasangannya, Nor Aini Amran, 26, berkata, majlis perkahwinan mereka tertangguh beberapa kali disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan itu melangsungkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Teluk Perak di sini dan kemudian mengadakan majlis persandingan.

Menurut pasangan itu, sepanjang PKP  mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain bersabar.

“Majlis perkahwinan yang kami rancang terpaksa ditunda disebabkan PKP, saya reda dan faham urusan sukar untuk melangsungkan pernikahan ketika itu, namun saya yakin kalau jodoh tak ke mana, jadi saya bersabar menunggu.

“Saya mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang turut memahami keadaan disebabkan PKP.

“Hari ini sudah tentu saya sangat gembira kerana akhirnya dapat melangsungkan pernikahan yang sudah tertangguh sejak sekian lama,” kata Nor Aini  ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, Muhaad Hafizudin juga bersyukur kerana selamat melangsungkan pernikahan hari ini.

“Penantian kami untuk melangsungkan pernikahan akhirnya tercapai hari ini. Saya gembira setelah lama tertangguh akhirnya, kami dapat juga melangsungkan perkahwinan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN