Berat beg sekolah mestilah antara 10 hingga 20 peratus berat badan murid - Utusan Malaysia

Berat beg sekolah mestilah antara 10 hingga 20 peratus berat badan murid

Harga makanan tambahan murid sekolah rendah wajar dinaikkan daripada kadar sedia ada iaitu RM2.50 untuk setiap orang.-GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar kesihatan mengesyorkan berat maksimum beg sekolah yang digalas adalah 10 peratus dan beg yang ditarik (backpack trolley), berat maksimum ialah 20 peratus berbanding berat badan murid.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, berat beg sekolah yang digalas perlu hanya 10 peratus atau 20 peratus berbanding berat badan murid kerana akan mengganggu tumbesaran dan kesihatan anak-anak dalam jangka panjang.

ANUAR AHMAD

“Jika berat badan murid ialah 30 kilogram maka beg galas sekolah mereka adalah maksimum tiga kilogram manakala beg tarik pula berat maksimum ialah enam kilogram.

“Kesihatan anak-anak adalah keutamaan kita, kerana sudah tentunya anak-anak tidak bersuara. Hanya mampu mengeluh keletihan setiap kali pulang dar sekolah,” katanya dalam sebuah hantaran di media sosial, Facebook.

Jelasnya, amalan mengalas beg sekolah yang berlebihan berat setiap hari akan mengganggu tumbesaran dan kesihatan anak-anak dalam jangka panjang.

Anuar menegaskan garis panduan berat beg sekolah perlu dikuatkuasakan demi kesejahteraan dan kesihatan murid-murid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya