Bawa anak kecil curi baju dobi - Utusan Malaysia

Bawa anak kecil curi baju dobi

TANGKAP layar rakaman CCTV memaparkan suspek wanita mencuri pakaian pelanggan di sebuah kedai dobi layan diri di Melor, Kota Bharu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasangan dipercayai suami isteri tergamak membawa seorang anak kecil bersama mereka ketika mencuri pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Melor, di sini petang semalam.

Perlakuan pasangan itu ‘terkantoi’ apabila beberapa klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan gelagat mereka di premis berkenaan tular di media sosial Facebook sejak pagi ini.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian daripada pemilik premis tersebut yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.46 petang.

Katanya, dengan bantuan rakaman CCTV di kedai dobi berkenaan, pihaknya berjaya mengenal pasti kedua-dua suspek dan kini sedang memburu mereka.

“Kes disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Kita juga masih menyiasat kaitan suspek lelaki dan perempuan dengan kanak-kanak tersebut.

“Dalam masa sama, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan pakaian yang dibasuh di kedai dobi layan diri tanpa pengawasan kerana berisiko untuk dicuri,” katanya di sini hari ini.

Dalam klip video yang tular, pasangan tersebut tiba di kedai dobi dengan menunggang sebuah motosikal bersama seorang kanak-kanak lelaki.

Ketika suspek lelaki menunggu di luar bersama kanak-kanak itu, suspek wanita masuk untuk mencuri pakaian dalam mesin pengering sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik dan bergegas keluar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya