"Bangun pagi mesti cari Al-Quran, sudah jadi kegemaran dia..." -Niena Baharun - Utusan Malaysia

“Bangun pagi mesti cari Al-Quran, sudah jadi kegemaran dia…” -Niena Baharun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Niena Baharun tampil berkongsi perkembangan putera sulungnya, Adiel Mikael yang kini sudah berusia tiga tahun.

Menerusi entri Instagram, Niena memuat naik beberapa rakaman yang memaparkan anak lelakinya itu membaca ayat suci Al-Quran.

Menurut pelakon itu, Adiel sangat gemar membaca ayat suci Al-Quran pada setiap pagi.

Selanjutnya, pelakon drama popular Sayangku Kapten Mukhriz menitipkan rasa syukur kerana Adiel juga lancar membaca surah walaupun belum fasih bertutur.

“Bangun pagi mesti cari Al-Quran atau buku yasin. Sudah menjadi kegemaran dia, mana-mana mesti kena bawa.

“Walaupun Adiel baru masuk tiga tahun dan masih belum lancar untuk bercakap, namun kami perasan bab mengaji laju sahaja dia boleh tangkap.

“Kadang setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Anugerah Allah,” katanya di Instagram.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya dan rakan artis memuji cara pelakon tersebut mendidik anaknya selain mendoakan Adiel agar menjadi anak yang baik.

Sekadar informasi, Niena telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada tanggal 1 Februari 2018 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN