Baby Shima hairan dibenci walhal tak kacau orang - Utusan Malaysia

Baby Shima hairan dibenci walhal tak kacau orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan selebriti media sosial, Baby Shima, 29, meluahkan isi hatinya dalam kehairanan tentang mengapa sehingga kini begitu ramai yang membenci dirinya.

Menurut penyanyi dengan nama sebenarnya Nor Ashima Ramli ini, keadaan itu adakala sering bermain di fikirannya memandangkan dia tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan sehinggakan ramai tidak menyukainya.

“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima. Sedangkan, Shima tak pernah kacau orang lain. Tak pernah kacau rumah tangga orang, keluarga orang.

“Tak pernah juga minta duit mak ayah anda semua. Tak pernah!,”katanya.

Shima berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Instagram malam semalam yang kemudiannya mendapat perhatian ramai di media sosial.

Terdahulu, di ruangan Instagram Story (igs), Shima juga memberi bayangan mengenai kesedihannya itu menerusi perkongsian sebuah kata mutiara berbahasa Inggeris, ‘Anda boleh memalsukan senyuman, tetapi tidak perasaan’.

Tidak cuma itu, penyanyi yang juga bekas peserta program realiti D’Academy Asia musim ketiga ini turut meluahkan rasa sedih dan memberi bayangan sudah tidak sanggup bertahan dengan situasi seperti ini.

“Terus-terang Shima cakap, Shima dah tak kuat dengan apa yang dilalui sekarang. Boleh tak kamu semua rasakan apa yang Shima rasa?”katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Shima menerima pelbagai respons daripada pengikut dan peminatnya yang dilihat menaruh harapan agar penyanyi ini terus kuat semangat dan bersabar dengan situasi.

Namun, ada juga dalam kalangan pengikut yang berpandangan negatif dan sinis selain beranggapan antara punca dirinya dibenci kerana gelagatnya sendiri di media sosial.

“Kena berhenti jadi gedik-gedik. Jadilah seperti perempuan dan bukannya betina,” – tulis pengguna dengan nama sifu_luncai.

“Netizen cuma tak suka Shima kerap dan kuat sangat goyang kot,” tulis pengguna mmhrostani.

“Kamu yang pilih jalan ini. Nak jadi artis. Dunia artis memang begitu. Ada yang suka, ada yang benci. Lumrahlah semua itu. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” tulis pengguna eriezmann.

“Nilai diri sendiri dulu, cari salah diri bukan cari salah orang. Kalau orang benci, ada sebab dan salahnya terletak pada diri sendiri,” tulis pengguna sp_escobar.

Dalam pada itu, terdapat juga kalangan rakan artis yang memberi respons terhadap luahan Shima itu di ruangan komen sambil memberi kata semangat.

Antara yang berbuat demikian ialah penyanyi Wani Kayrie, komposer dan penyanyi, Harry Khalifah atau Apak dan pelakon, Erry Putra,
ya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya