ATP hadkan tempoh penggunaan tandas - Utusan Malaysia

ATP hadkan tempoh penggunaan tandas

PEMAIN Greece, Stefanos Tsitsipas berlari ke tandas ketika menentang Carlos Alcaraz dalam aksi pusingan ketiga Terbuka AS, tahun ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Persatuan Tenis Profesional (ATP) memperkenalkan garis panduan baharu berhubung waktu rehat ke tandas bagi mengelak pemain ‘mengelat’ ketika beraksi di dalam gelanggang.

Bagi kategori lelaki, mereka dihadkan hanya sekali dibenarkan ke tandas dalam setiap perlawanan, dengan tidak boleh lebih tiga minit untuk memasuki tandas.

Malah, setiap daripada mereka dibenarkan ke tandas pada penghujung set sahaja selain  diberikan dua minit untuk menukar pakaian mereka.

ATP memutuskan untuk bertindak walaupun ada sesetengah pihak merasakan garis panduan itu masih tidak terlalu ketat. 

Pemain Greece, Stefanos Tsitsipas dituduh cuba menipu ketika Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini oleh Andy Murray selepas pemain itu kerap meninggalkan gelanggang semasa perlawanan pusingan pertama mereka.

Bintang berusia 23 tahun itu mengambil masa rehat yang agak lama untuk ke tandas pada penghujung set kedua. Kemudian, pemain itu rehat selama hampir lapan minit pada penghujung set keempat.

Dalam perlawanan seterusnya, Tsitsipas pergi ke bilik persalinan selama lebih tujuh minit selepas tewas set ketiga dan diejek oleh penonton di  Stadium Arthur Ashe apabila pemain itu kembali.- AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya