KUALA SELANGOR: Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan bomba bersiap siaga sepenuhnya menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka melanda daerah ini dan Sabak Bernam bermula Khamis ini.
Selain rondaan menyeluruh, persediaan itu melibatkan kelengkapan logistik yang digerakkan ke kawasan terjejas.
Pemangku Pegawai APM Kuala Selangor, Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata, pihaknya sudah mengatur sebaik mungkin kemudahan logistik termasuk kenderaan bagi memudahkan urusan ketika bencana.
“Jika mengalami kesukaran dan berlaku kejadian luar kawalan, kita turut meminta bantuan APM daerah lain,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE










