Ani Maiyuni ‘gunakan’ peminat? - Utusan Malaysia

Ani Maiyuni ‘gunakan’ peminat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekarang ini, memang merata orang bercakap tentang musim baharu Gegar Vaganza. Baik yang buruk, yang baik semuanya dirangkum. Tiada pengecualian. Mungkin peminat teruja dengan kemunculan semula mereka.

Tapi Poklip terdengar cakap-cakap belakang tentang penyanyi dangdut yang juga salah seorang peserta, Ani Maiyuni. Dakwa seorang teman, Ani ‘terpaksa’ mengangkut peminat sebagai pembantu.

Dakwa si polan, Ani seperti tidak ada pasukan pengurusan sendiri sehingga terpaksa menggunakan peminat untuk membantunya sepanjang pertandingan. Eh, takkan sebegitu ‘sangkak’ kan?

Poklip bukan apa. Ani bukan satu nama kecil dalam industri. Sudah lebih 25 tahun ya. Jadi Poklip tak rasa dia tidak ada pasukan untuk menguruskan dirinya semasa program berlangsung.

Kalau dia meminta bantuan peminat sendiri pun, apa salahnya. Bukan dia menyusahkan sesiapa. Pasti ada terma dan syarat yang telah dimetarai oleh kedua-dua pihak. Takkan tolong berbelas senyuman kan?

Tetapi tak silap Poklip, Ani sebelum ini diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan artis. Rasanya, Poklip sendiri pernah bekerjasama dengan mereka sewaktu sesi fotografi satu ketika dahulu.

Jadi bukan satu isu kot jika Ani diuruskan peminat yang mungkin menubuhkan syarikat sendiri untuk menguruskan artis. Poklip pun pelik, kadang-kadang entah dari mana sesuatu cerita boleh timbul pun tak tahu. Macam-macam eh!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya