American Music Award 2021: BTS cipta sejarah - Utusan Malaysia

American Music Award 2021: BTS cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kumpulan K-Pop ternama, BTS mencipta sejarah apabila menjadi artis Asia pertama yang merangkul anugerah Artis Sepanjang Tahun, American Music Awards 2021.

Kumpulan tersebut mengenepikan pencabar terdekat seperti Taylor Swift, Drake dan The Weekend.

Kemenangan BTS di anugerah berprestij itu menjadi pencapaian terbesar dengan tiga anugerah utama termasuk Pop DuO atau Berkumpulan Kegemaran dan Lagu Pop Kegemaran untuk Butter berjaya dibawa pulang.

Salah seorang anggotanya, Kim Nam Joon atau lebih dikenali sebagai RM menyifatkan kemenangan mereka sebagai keajaiban yang tidak disangka-sangka.

“Tujuh remaja dari Korea, bersatu kerana cinta kepada muzik dan meraih sokongan serta kasih sayang daripada ‘armies’ seluruh dunia.

“Semua ini adalah satu keajaiban. Kami tidak akan mensia-siakan kemenangan ini,” katanya.

BTS juga tampil memeriahkan acara dengan persembahan lagu Butter. Megan Thee Stalion yang yang sepatutnya tampil menghiburkan bersama kumpulan tersebut terpaksa menarik diri di saat akhir atas sebab peribadi.

American Music Award tahun ini diserikan dengan penampilan penyanyi rap wanita terkemuka, Cardi B sebagai pengacara.

Pada masa yang sama, persembahan memukau daripada penghibur kelas satu antaranya Bruno Mars dan Anderson, Paak dan Jenifer Lopez turut menjadi tarikan utama di majlis tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi meningkat naik, Olivia Rodrigo yang menerima tujuh pencalonan tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya memenangi anugerah Artis Baharu Kegemaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya