Alfa Romeo sedia bawa masuk pelumba China? - Utusan Malaysia

Alfa Romeo sedia bawa masuk pelumba China?

ANTONIO GIOVINAZZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Pasukan Formula Satu (F1) Alfa Romeo dilaporkan bersedia untuk membawa masuk pelumba dari China, Guanyu Zhou bagi mengisi kekosongan pemandu kedua mereka.

Potensi kemasukan Guanyu Zhou bagi menggantikan Antonio Giovinazzi tinggi setelah terdapat pihak penaja baharu sedia menghulurkan dana besar kepada pasukan tersebut musim depan.

Alfa Romeo terdahulu sudahpun mengikat pemandu Mercedes, Valtteri Bottas untuk menggantikan posisi Kimi Raikkonen pada musim depan.

Katanya, pihaknya akan memperkenalkan pemandu keduanya itu selepas berakhirnya perlumbaan Grand Prix (GP) Brazil, yang akan berlangsung pada 15 November depan.

“Pihak kami akan mengumumkan pemandu kedua kami secepat yang mungkin. Kemungkinan selepas perlumbaan di Brazil anda akan mengetahui siapa akan bersama Bottas pada musim depan.

“Keputusan yang akan kami lakukan ini penting kerana musim depan kita akan menghadapi peraturan baharu. Jadi, segalanya perlu diatur dengan lebih baik,” kata Prinsipal Romeo, Frederic Vasseur.

Tambah Vasseur, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum pihaknya dapat mengumumkan pelumba baharu.

Sebelum ini, pemandu IndyCar, Colton Herta hangat diperkatakan untuk dinaikkan pangkat ke arena perlumbaan berprestij itu selepas bekas pelumba F1, Michael Andretti dikatakan sedia untuk membeli saham Alfa Romeo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya